Search

Lori balak rempuh gerai, penjual buah maut

SANDAKAN: Seorang wanita yang sedang menjual buah-buahan di tepi jalan maut selepas gerainya dirempuh lori treler membawa muatan kayu balak dalam kemalangan di Jalan Labuk, Batu 27, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa Ernawati Lajaruddin, 50, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Ulu Dusun selepas dibawa ke pusat kesihatan […]

Bertahun suara bergema, Matbali kecewa isu rakyat Sipitang belum diambil tindakan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah menyuarakan kekecewaannya berhubung beberapa isu kepentingan rakyat di Sipitang, termasuk Jalan Mendulong-Meligan-Long Pasia yang sehingga kini belum diambil tindakan oleh kerajaan. Beliau berkata, isu jalan berkenaan dibangkitkannya sejak empat tahun lalu, selain turut dibangkitkan oleh penyandang Ahli Parlimen Sipitang yang terdahulu namun sehingga kini masih belum diberi […]

Rumah teres, empat kenderaan terbakar di Putatan

PUTATAN: Sebuah rumah teres musnah 80 peratus, manakala empat kenderaan turut terbakar dalam kejadian di Taman Teluk Villa, di sini, awal pagi ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Kota Kinabalu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.25 pagi. Katanya, seramai 25 […]

Stor peralatan ladang musnah terbakar

LAHAD DATU: Sebuah stor penyimpanan peralatan pekerja ladang di Ladang Bonrich, Batu 17, Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini, musnah 90 peratus dalam kebakaran malam tadi. Kejadian membabitkan bangunan jenis kekal berkeluasan kira-kira 42 meter persegi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, […]

Suspek samun cuba tenggelamkan polis, tembakan amaran dilepaskan

TAWAU: Seorang anggota polis hampir ditenggelamkan oleh suspek samun bersenjata yang bertindak agresif ketika cuba melarikan diri daripada ditahan dalam operasi di Kampung Titingan, di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an turut cuba menyerang anggota polis menggunakan sebatang besi sebelum terjun ke laut bagi […]

Remaja 15 tahun dipatuk ular tedung di depan kedai tayar

TAWAU: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dikejarkan ke hospital selepas dipatuk ular tedung di hadapan sebuah kedai tayar di Batu 3, Jalan Apas, di sini, malam ini. Mangsa yang dipatuk ular jenis Sumatran Spitting Cobra (Naja sumatrana) dihantar ke Hospital Tawau oleh ahli keluarganya sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Ketua Balai Bomba dan […]

KM bincang isu semasa bersama Ahli Parlimen Sabah

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen dari Sabah bagi membincangkan isu-isu semasa, di sini, pada Selasa. Antara Ahli Parlimen hadir ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Lo Su Fui (Tawau) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan […]

Jerebu: Sekolah di Tawau diarah tutup mulai esok

KOTA KINABALU: Semua sekolah di Tawau diarahkan ditutup mulai Rabu (14 Oktober) berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk. Penutupan itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman menerusi satu kenyataan, malam ini. Katanya, Kerajaan Negeri mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup buat […]

Polis buru lima individu belasah lelaki gara-gara tegur ekzos bising

SANDAKAN: Polis giat mengesan lima individu yang disyaki membelasah seorang lelaki berusia 23 tahun selepas mangsa menegur bunyi ekzos sebuah kereta dalam kejadian di Bandar Utama IJM Batu 6, di sini, malam Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 malam itu, mangsa dipukul sehingga terbaring selepas menegur pemandu Perodua Kancil yang berulang kali membunyikan ekzos […]

Priscella ziarah anggota PGA yang juga bekas pemain Sabah hidap kanser

KOTA KINABALU: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Priscella Peter, menziarahi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Suharti Sudin, yang kini sedang berjuang melawan penyakit kanser. Kunjungan itu bertujuan menyampaikan sokongan moral serta sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung Suharti ketika berdepan ujian kesihatan berkenaan. Priscella berkata, keprihatinan terhadap individu yang pernah menabur bakti […]