Search
KUPIKUPI Team

Sama dirik pok!

KUPIKUPI FM SARAWAK with its tagline ‘Sama Dirik Pok’ aspires to be the new voice of Sarawak featuring the songs, culture and heritage of the state. 

November 11, 2026

Rombak Kabinet, nilai semula kedudukan menteri UMNO – AMK Sabah

KOTA KINABALU: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbangkan rombakan Kabinet secara tegas, termasuk menilai semula kedudukan menteri-menteri UMNO. Ketuanya, Zaidi Jatil berkata penilaian semula itu jika UMNO terus mengambil pendirian yang bercanggah dengan semangat dan hala tuju Kerajaan MADANI. Katanya, Kerajaan Perpaduan bukan tempat untuk menikmati kuasa dan jawatan, tetapi pada masa yang sama menyerang kerajaan sendiri demi kepentingan politik kepartian. “Perkembangan mutakhir jelas menimbulkan persoalan terhadap kesepakatan politik dalam Kerajaan Perpaduan. Pada September 2026, terdapat pemimpin UMNO yang menggesa supaya PRU16 dipercepatkan. “Malah, pada 5 November 2026, Perdana Menteri sendiri menegur pemimpin parti kerajaan yang menyerang pentadbiran ketika berkempen, sedangkan mereka mempunyai wakil dalam Kabinet. “Ketegangan antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri Melaka turut memperlihatkan cabaran terhadap keutuhan kerjasama politik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. Beliau berkata, AMK Sabah menghormati pendirian rasmi Presiden UMNO untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal. Namun, katanya kesetiaan kepada kerajaan mesti dibuktikan melalui tindakan dan bukan sekadar kenyataan politik. “Kita tidak menolak perbezaan pandangan, tetapi perbezaan tersebut tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melemahkan kerajaan yang didukung bersama. “Jangan jadikan Kerajaan MADANI sebagai tempat berpaut kepada kuasa, sedangkan agenda reformasi dan kepimpinan kerajaan terus dipertikaikan,” katanya. Zaidi berkata, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang stabil, berprinsip dan memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah kos sara hidup, infrastruktur, pendidikan serta pembangunan negara, khususnya di Sabah. Sehubungan itu, katanya AMK Sabah berpandangan Perdana Menteri tidak perlu teragak-agak melakukan rombakan Kabinet sekiranya langkah itu diperlukan demi memperkukuh pentadbiran negara. Tegasnya, kepentingan rakyat mesti mengatasi kepentingan parti, manakala reformasi tidak boleh menjadi tebusan kepada percaturan politik mana-mana pihak. “Kerajaan MADANI mesti dipertahankan atas dasar prinsip, keikhlasan dan tanggungjawab bersama, bukannya kompromi politik tanpa penghujung. “Jika tidak lagi sehaluan, berilah laluan. Negara memerlukan pemimpin yang bekerja, bukan sekadar mempertahankan kedudukan,” katanya. – Info X

Latest news on everything happening in Sabah and Sarawak!

November 11, 2026

Info X Reporters

PPNS mahu lebih ramai belia ceburi industri agromakanan

KOTA KINABALU: Golongan belia di negeri ini digalak menceburi industri agromakanan bagi memastikan sektor pertanian Sabah terus berkembang sebagai perniagaan yang mampu menjana kekayaan baharu dan peluang pekerjaan. Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS), Datuk Mohd Nazri Abdullah, berkata perkara itu selaras seruan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang mahu lebih ramai belia Sabah menceburi industri berkenaan. Katanya, semua pihak wajar memberi perhatian terhadap perkara itu sejajar potensi besar sektor pertanian, penternakan dan perikanan untuk menjadi sumber ekonomi baharu, terutama kepada golongan muda yang mahu membina kerjaya dan mengusahakan perniagaan sendiri. “Persepsi bahawa pertanian hanya bergantung kepada kaedah tradisional perlu diubah. Industri ini mempunyai ruang luas untuk berkembang sebagai bidang perniagaan moden, produktif dan mampu memberikan pulangan ekonomi. “Penglibatan golongan muda amat penting bagi memastikan sektor agromakanan mempunyai tenaga kerja baharu yang mampu membawa idea, inovasi dan pendekatan lebih segar dalam industri ini,” katanya. Nazri berkata demikian ketika mengetuai delegasi Ahli Jemaah Pengarah PPNS mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri di Menara Kinabalu, di sini, pada Selasa. Katanya, usaha menarik minat golongan belia perlu disertai pendedahan, latihan kemahiran dan peluang untuk mereka terbabit secara langsung dalam aktiviti pertanian, penternakan serta perikanan. Jelasnya, pembangunan industri agromakanan juga perlu memberi perhatian kepada penghasilan produk bernilai tambah, termasuk aktiviti pemprosesan dan pemasaran bagi memperluas peluang perniagaan dalam kalangan pengusaha muda. Beliau turut menyambut baik penekanan Ketua Menteri terhadap keperluan mengubah sektor pertanian, penternakan dan perikanan daripada kaedah tradisional kepada sistem pengeluaran lebih moden, cekap dan berorientasikan pasaran. “Usaha berkenaan penting bagi memastikan sektor agromakanan Sabah terus berdaya saing serta berupaya memenuhi permintaan pasaran tempatan dan lebih luas,” katanya. Nazri berkata, PPNS menyokong hala tuju kerajaan negeri untuk memperkukuh sektor pertanian sebagai antara pemacu pertumbuhan ekonomi Sabah menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030. Sementara itu, katanya, kunjungan hormat itu juga bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan PPNS kepada Ketua Menteri. Dalam kunjungan itu, PPNS turut memohon sokongan Ketua Menteri supaya ahli peladang berusia 70 tahun yang masih menjadi pemegang saham dalam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dibenarkan bertanding dan menyandang jawatan dalam PPK atau Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), bagi membolehkan mereka terus menyumbang pengalaman dalam kepimpinan gerakan peladang. – Info X

November 11, 2026

Info X Reporters

PH Sabah tolak bubar Parlimen lebih awal

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah menolak gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan, berbanding merombak Kabinet sedia ada. Pengerusinya, Datuk Mustapha Sakmud, berkata sebarang kekosongan dalam Kabinet boleh ditangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut proses yang sewajarnya. Katanya, keutamaan Perdana Menteri ketika ini adalah untuk memperkukuh ekonomi negara dan menjaga kebajikan rakyat. Beliau berkata gesaan Presiden UMNO itu sesuatu yang menghairankan kerana bercanggah dengan pendirian beliau sendiri selaku yang sebelum ini menyatakan UMNO akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal. “Perjanjian yang dimeterai selepas PRU15 turut menetapkan kerjasama bagi tempoh lima tahun Parlimen Ke-15. Kerajaan Madani masih boleh meneruskan pentadbirannya sehingga Disember 2027. “Baki penggal ini wajar dimanfaatkan untuk menunaikan amanah rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Rabu. Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), berkata pembubaran Parlimen lebih awal boleh mengganggu reformasi institusi dan penambahbaikan tadbir urus yang sedang berjalan. Tegasnya, kerajaan perlu terus melaksanakan reformasi, menangani kos sara hidup dan menambah baik perkhidmatan kepada rakyat. “S&P Global Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada A− dengan tinjauan stabil. Penarafan ini mencerminkan daya tahan ekonomi negara dan menyokong usaha menarik pelaburan. “Jangan kerana ghairah mengejar kepentingan politik jangka pendek, kita pertaruhkan keyakinan pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia,” katanya. Berikutan itu, katanya PH Sabah menyeru semua pihak supaya menghormati mandat sedia ada dan memberi ruang kepada Perdana Menteri untuk meneruskan agenda ekonomi, reformasi dan kebajikan rakyat. Ahmad Zahid dilaporkan mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan ketika ditanya kemungkinan rombakan Kabinet Persekutuan berikutan peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pada Selasa. Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP meletak jawatan selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Selasa memulakan tahanan rumah sepanjang baki hukuman penjara hingga 23 Ogos 2028 yang dijalaninya berkaitan kes SRC International. – Info X

November 10, 2026

Info X Reporters

Remaja maut dalam kemalangan, enam cedera

LAHAD DATU: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 12, Jalan Lahad Datu – Sandakan, malam ini. Dalam kejadian itu, enam individu yang menaiki Perodua Alza berkenaan turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.46 malam. Katanya, seramai sembilan anggota bersama jentera dari BBP Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai. “Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dan motosikal jenis Yamaha Y16 yang ditunggang remaja lelaki berusia 16 tahun. “Penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan, malam ini. Menurutnya, enam mangsa yang berada di dalam Perodua Alza pula berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat. “Semua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh petugas ambulans KKM sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. “Mayat remaja terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. Sumsoa berkata, operasi yang turut dibantu polis dan KKM ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.02 malam selepas pemeriksaan mendapati tiada lagi bahaya di lokasi kejadian. – Info X

DUO PAGI JEM RONA RONI KACAK TIPOT GEN BORNEO NGUPI MALAM

DUO PAGI JEM RONA RONI KACAK TIPOT GEN BORNEO NGUPI MALAM