Search

250 pelari elit dunia sertai Climbathon Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU: Kira-kira 250 pelari gunung elit dan berpengalaman dari seluruh dunia bakal menyertai Mount Kinabalu International Climbathon Edisi Ke-33 yang berlangsung pada 18 Oktober ini. Acara yang diiktiraf Persatuan Larian Denai Antarabangsa (ITRA) itu menghimpunkan atlet terkemuka dari Malaysia serta pelbagai negara termasuk Jepun, Filipina, Singapura, Indonesia, Australia, Itali, Rusia, Sepanyol, Thailand, Amerika Syarikat […]

Pulihkan projek sakit di Sabah dalam tempoh 90 hari – Madius

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau mencadangkan supaya setiap projek pembangunan yang dikategorikan sebagai sakit mempunyai pelan pemulihan dengan keputusan tindakan dalam tempoh 90 hari bagi memastikan kelewatan tidak terus menjejaskan rakyat Sabah. Beliau berkata kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah peruntukan yang diumumkan semata-mata, sebaliknya berdasarkan projek yang siap, […]

26 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Semporna

SEMPORNA: Sebanyak 26 rumah setinggan di Kampung Pinggir Bakau, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi. . Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 10.50 pagi itu membabitkan rumah tidak kekal di kawasan berkenaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi […]

Motosikal pun mahu diseludup guna bot…

LAHAD DATU: Bukan sekadar petrol, sebuah motosikal jenis Yamaha turut cuba diseludup keluar ke negara jiran menggunakan bot sebelum kegiatan itu berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Felda Sahabat, Tungku, di sini, hari ini. Cubaan membawa keluar motosikal bersama 240 liter petrol itu terbongkar selepas suspek bertindak memecut bot ke arah […]

Polis kesan pelancong Itali dibaling batu, remaja dipercayai sudah mohon maaf

RANAU: Polis berjaya mengesan pelancong warga Itali yang menjadi mangsa sekumpulan remaja membaling batu ketika berehat di dalam khemah di padang Kampung Lohan, di sini, bulan lalu. Pelancong terbabit, Nicola Chiacchio, yang dalam misi mengelilingi dunia menggunakan basikal, dikesan berada di Kem Cinta Mata, Pitas, sebelum beberapa pegawai dan anggota polis digerakkan untuk menjalankan siasatan […]

Dua lelaki ditahan, sindiket seleweng diesel lebih RM500,000 terbongkar

PENAMPANG: Kegiatan disyaki penyelewengan minyak diesel bernilai lebih setengah juta ringgit di sebuah premis di Kampung Kibabaig, di sini, terbongkar selepas dua hari diintip Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah. Dalam operasi semalam, dua lelaki berusia 39 dan 57 tahun ditahan selepas polis menemukan kira-kira 18,060 liter minyak diesel yang disyaki disimpan tanpa permit […]

Penganggur ditahan, disyaki pecah kedai runcit larikan wang, kad tambah nilai

TAWAU: Seorang penganggur lelaki yang disyaki memecah masuk sebuah kedai runcit di Batu 2, Jalan Apas, di sini, sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM10,000 akhirnya diberkas polis, petang semalam. Suspek berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau. Tangkapan itu dibuat susulan laporan […]

KUPIKUPI FM tembusi Semenanjung, perkukuh suara Borneo

KUALA LUMPUR: KUPIKUPI FM melakar sejarah sebagai stesen radio komuniti swasta pertama dari Borneo yang mengembangkan penyiaran radio FM terestrialnya ke Semenanjung Malaysia. Pengembangan itu membolehkan muzik, budaya, warisan dan kisah masyarakat Sabah serta Sarawak diketengahkan kepada khalayak lebih luas menerusi frekuensi 106.0 FM. Stesen radio itu kini boleh didengari di beberapa kawasan di Negeri […]

SEDCO, PETRONAS meterai perjanjian pajakan tanah untuk sektor minyak dan gas

KOTA KINABALU: Kerjasama dua hala di antara Kumpulan SEDCO dan PETRONAS di bawah perjanjian pajakan tanah dengan nilai keseluruhan RM200 juta dalam tempoh 30 tahun bakal mencetuskan lonjakan besar dalam sektor minyak dan gas di Sabah. Pengerusi Kumpulan SEDCO, Datuk Masiung Banah berkata, pemeteraian perjanjian pajakan tanah Kumpulan SEDCO dan PETRONAS itu adalah langkah transformasi […]

Ekonomi Sabah catat prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun

KOTA KINABALU: Ekonomi Sabah mencatat pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus tahun lalu, iaitu prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun, dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencecah RM88.8 bilion. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pertumbuhan itu disokong sektor perkhidmatan yang berkembang sebanyak 4.5 peratus, pembuatan (lima peratus) dan pembinaan (28.3 peratus). “Sabah mempunyai momentum pertumbuhan […]