PMX didesak beri tekanan terhadap Indonesia berhubung jerebu rentas sempadan

TAWAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN perlu memberi tekanan secara rasmi kepada Indonesia berhubung isu kebakaran hutan dan jerebu, di samping menggalakkan kerjasama rentas sempadan secara lebih aktif. Gesaan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong, Justin Wong, berikutan masalah jerebu rentas sempadan yang terus menghantui Malaysia sejak bertahun-tahun […]
10 individu ditahan, rampasan lebih RM508,000 di Sandakan

SANDAKAN: Seramai 10 individu ditahan dalam empat operasi penguatkuasaan berasingan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam, dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM508,000. Operasi berkenaan turut menyaksikan tiga bot nelayan tempatan, sebuah bot pancung, enjin sangkut berkuasa 250 kuasa kuda, kira-kira dua tan hasil laut serta 750 liter minyak diesel dirampas. Pengarah Maritim Zon […]
Tiga kereta terbakar di Bundusan Square

PENAMPANG: Tiga kereta musnah dalam kebakaran di luar sebuah kedai aksesori kereta di Bundusan Square, di sini, tengah hari tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata, kebakaran itu turut menjejaskan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang mengalami kerosakan akibat bahangan. “Kenderaan yang musnah ialah Toyota Land Cruiser, Perodua Kenari dan […]
PPNS, PPK Putrajaya jalin kerjasama perniagaan

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putrajaya memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama perniagaan, termasuk meneroka peluang memasarkan produk PPK Putrajaya yang bersesuaian dengan pasaran di Sabah. Kerjasama itu bertujuan membina jaringan perniagaan yang mampu membuka peluang baharu serta memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. MoU itu ditandatangani Timbalan […]
Pan Borneo Sabah: Cari penyelesaian, bukan saling menyalahkan – Salleh

KOTA KINABALU: Kelewatan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A tidak berpunca daripada satu pihak sahaja, sebaliknya membabitkan pelbagai cabaran teknikal, pentadbiran dan kewangan. Menjelaskan perkara itu, Ketua Merinyu Projek Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak sehubungan itu berkata adalah tidak adil jika Kerajaan Negeri Sabah dipersalahkan sepenuhnya atas kelewatan projek berkenaan. Sebaliknya, beliau […]
MAPSU cadang insentif khas RM10,000 tarik doktor berkhidmat di Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dicadang supaya memperkenalkan skim insentif khas sebagai langkah interim bagi menarik lebih ramai doktor dari Semenanjung untuk berkhidmat di kedua-dua negeri, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. Cadangan itu disuarakan Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan di bawah Kementerian Kesihatan (MAPSU) bagi menangani cabaran dalam mendapatkan […]
Pelajar UMS dinobat Ratu Serimpak 2026

KOTA BELUD: Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinobatkan sebagai juara Ratu Serimpak sempena sambutan Tamu Besar Kota Belud 2026, di sini. Nabilah Samsuddin dari Kampung Penampang, Kota Belud, menewaskan sembilan peserta lain pada pertandingan yang diadakan di pentas utama, tapak sambutan Tamu Besar Kota Belud. Nabilah yang juga pelajar tahun akhir UMS membawa pulang RM3,000 […]
Big Sabah Car Show berpotensi jadi acara pelancongan utama Sabah

KOTA KINABALU: Penganjuran The Big Sabah Car Show 2026 berpotensi menjadi antara acara pelancongan utama di Sabah, sekali gus membantu merancakkan industri pelancongan negeri menjelang kempen Tahun Melawat Sabah 2027 (Visit Sabah 2027). Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, menyambut baik penganjuran acara anjuran CULT Event Management (CULT Malaysia) yang dijadual […]
Sabah Electricity raih enam pengiktirafan IGNITE 2026

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) meraih enam pengiktirafan dalam IGNITE 2026 Project Management Awards yang berlangsung di KLGCC Convention Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Mohd Yaakob Jaafar, berkata pencapaian itu membuktikan keupayaan dan kepakaran warga kerja Sabah Electricity dalam menerajui projek strategik dan inovasi industri tenaga. Katanya, […]
Inkues Zara Qairina: Tidak wujud VVIP, VIP ada hubungan keluarga dengan 5 remaja dikaitkan kes buli – Saksi

KOTA KINABALU: Tidak wujud golongan yang amat berpengaruh (VVIP, orang kenamaan (VIP) atau ahli politik yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan lima remaja perempuan dikaitkan dalam kes buli membabitkan Zara Qairina, Mahkamah Koroner di sini diberitahu hari ini. Pegawai Penyiasat Inspektor Wong Yew Zhung, ketika disoal peguam Ahmad Fikry Jaafar Abdullah yang mewakili empat remaja dalam […]