Search

Anak Sabah penyelesaian jangka panjang kekurangan doktor – MAPSU

KOTA KINABALU: Melatih lebih ramai anak Sabah sebagai doktor dilihat antara penyelesaian jangka panjang terbaik bagi menangani kekurangan pegawai perubatan di negeri itu, khususnya di kawasan pedalaman. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perubatan Sabah (SMSU) Ajulahin Japin berkata anak tempatan secara umumnya lebih bersedia untuk berkhidmat di negeri sendiri, sama ada di kawasan pedalaman, pinggir bandar mahupun […]

Ibu Zara Qairina tampil sebagai saksi ke-82 inkues

KOTA KINABALU: Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 46, hari ini tampil sebagai saksi ke-82 bagi prosiding inkues kematian anaknya di Mahkamah Koroner, di sini. Noraidah tiba di mahkamah kira-kira 9 pagi untuk memberikan keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan. Beliau merupakan antara dua saksi terakhir yang dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding […]

Jangan lengahkan lagi, tunaikan segera kelayakan 40 peratus Sabah – Victor

TAMBUNAN: Seluruh rakyat negeri ini mendesak dan menuntut hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk kelayakan 40 peratus hasil bersih dari negeri ini ditunaikan segera. Penyelaras PGRS DUN Tambunan, Datuk Victor Peter Paut, berkata pemahaman rakyat Sabah ketika ini ialah hak-hak tersebut adalah hak milik mutlak negeri ini dan sepatutnya dikembalikan […]

Lapan cedera termasuk lima parah nahas tiga kenderaan

PAPAR: Lapan lelaki cedera termasuk lima parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di Jalan Andus, di sini, pagi ini. Kemalangan membabitkan Perodua Bezza, Isuzu D Max dan sebuah motosikal dengan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun antara mangsa yang cedera parah. Empat mangsa parah berusia 15 hingga 48 tahun menaiki Perodua Bezza, manakala […]

Bomba periksa lima daerah susulan gempa magnitud 5.0

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menjalankan rondaan dan pemeriksaan di lima daerah susulan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 yang melanda Lahad Datu, malam tadi. Pemantauan membabitkan Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau dengan pemeriksaan setakat ini tidak menemukan sebarang kerosakan struktur bangunan, runtuhan atau kebakaran. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) […]

Lahad Datu dilanda gempa bumi sederhana

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi sederhana dikesan melanda Lahad Datu dengan magnitud 5.0 skala Richter pada jam 9.11 malam ini. Berdasarkan info gempa bumi dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pusat gegaran berlaku di kedalaman 10 kilometer kawasan perairan di koordinat 4.9 darjah utara dan 118.7 darjah timur. Pusat gegaran terletak 48 kilometer di timur […]

Tingkatkan kemudahan sukan di Sipitang, Beaufort – Matbali

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah meminta supaya kemudahan di Kompleks Sukan Sipitang dan Kompleks Sukan Beaufort ditingkatkan bagi memenuhi keperluan pembangunan sukan. Beliau turut menyarankan supaya diperbanyakkan kemudahan sukan di kampung-kampung sebagai platform generasi muda mengasah bakat bidang sukan masing-masing. Matbali berkata pembangunan sukan tidak boleh hanya berlegar di bandar-bandar besar. “Kalau […]

Bekas ADUN Bingkor, Robert Tawik sertai PGRS

KENINGAU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik, hari ini menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS). Bekas Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Bahagian PGRS Keningau, Datuk Azman Ruslan di Kampung Antolob, Bingkor. Robert yang juga bekas Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, mempunyai pengalaman luas […]

Pusat Rawatan Jantung Sabah lakar sejarah pasang perentak jantung tanpa wayar

KOTA KINABALU: Pusat Rawatan Jantung Sabah, Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) melakar pencapaian bersejarah berikutan kejayaan sulung menjalankan prosedur pemasangan perentak jantung tanpa wayar (leadless pacemaker) Aveir VR dari syarikat Abbott, iaitu yang pertama di Malaysia Timur. Berdasarkan perkongsian di Facebook HQE II, kejayaan itu menyusul selepas hospital berkenaan diiktiraf secara rasmi sebagai salah […]

Tetak isteri, suami dipenjara lapan tahun

KOTA MARUDU: Seorang suami dipenjara lapan tahun selepas didapati bersalah menetak isterinya hingga cedera parah pada Jun lalu. Tertuduh, Kanasius Natun, 50, disabitkan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kota Marudu pada Isnin. Berdasarkan kertas pertuduhan, Kanasius didakwa menetak isterinya, Jorurus Masanting pada pagi 25 Jun 2026 lalu, di hadapan sebuah […]