Search

“Anak haram selalu keluar daripada mulut dia” – Kakak tiri Zara

KOTA KINABALU: Kakak tiri Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendedahkan lima tangkap layar mesej Facebook berkaitan pertengkarannya dengan ibu tiri, Noraidah Lamat, ketika memberi keterangan pada prosiding inkues kematian remaja itu, hari ini. Malianah Mahathir, 25, berkata, tangkap layar berkenaan diterimanya daripada bapanya selepas dia bertengkar dengan Noraidah menerusi Facebook ketika berusia 13 tahun. “Bapa saya […]

Mahkamah Koroner diberitahu kakak tiri Zara alami tekanan perasaan

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu kakak tiri Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengalami tekanan perasaan ketika tinggal bersama-sama ibu Zara Qairina selama tujuh bulan semasa masih bersekolah rendah. Malianah Mahathir,25, berkata dia berusia 10 tahun ketika mula tinggal dengan bapanya dan ibu Zara Qairina selepas pasangan itu berkahwin pada 2011. Saksi ke-81 […]

Ugut bakar rumah, mengamuk depan bapa 84 tahun

TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai mengugut mahu membakar rumah selain mengamuk dan membaling barangan ke arah bapanya yang berusia 84 tahun. Kejadian berlaku di Kampung Tanah Merah, Jalan Tanjung Batu, di sini, apabila suspek yang juga anak kandung mangsa bertindak agresif sehingga menyebabkan warga emas itu bimbang keselamatan diri dan isterinya. Ketua Polis […]

Pekerja maut dihempap jentera penggelek jalan

TAMBUNAN: Seorang pekerja penurapan jalan maut selepas dihempap jentera penggelek jalan yang terbalik ketika melakukan kerja di Jalan Makatip, Kampung Makatip, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa lelaki berusia 70 tahun terperangkap di bawah jentera berkenaan sebelum dikeluarkan pasukan bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis […]

Penolong jurutera direman tujuh hari di Keningau, 15 projek RM1.9 juta disiasat

KENINGAU: Seorang Penolong Jurutera ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dalam pelaksanaan 15 projek kerajaan dipercayai bernilai kira-kira RM1.9 juta di daerah ini. Suspek lelaki berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Daerah Keningau difahamkan ditahan kira-kira jam 3.50 petang semalam sebelum direman tujuh hari bermula hari ini hingga 13 […]

Integriti Berasaskan Keberhasilan amalan baharu kerajaan negeri bina pentadbiran kalis rasuah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperkenalkan dan mendokong paradigma baharu menerusi Outcome-Based Integrity (OBI) atau Integriti Berasaskan Keberhasilan sebagai formula membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis rasuah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata aspirasi itu membuktikan tadbir urus berasaskan keberhasilan adalah formula paling ampuh dalam membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis […]

Kancil masuk kedai selepas salah ‘gear’

KOTA KINABALU: Kenderaan yang tular merempuh masuk sebuah restoran di Luyang, di sini, pagi tadi, dipercayai bergerak ke hadapan selepas pemandunya gagal memastikan kedudukan gear dalam keadaan selamat. Dalam kejadian kira-kira jam 6.32 pagi itu, kereta jenis Perodua Kancil berkenaan bergerak dari hadapan premis sebelum merempuh seorang wanita berusia 63 tahun yang sedang berada di […]

Penunggang maut tercampak ke dalam parit

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar penghadang jalan dan tercampak ke dalam parit sedalam kira-kira lima meter di Jalan Tuaran berhampiran Taman Dah Yeh Villa, di sini, awal pagi tadi. Mangsa berusia 37 tahun yang parah dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), namun disahkan […]

Dari pasar tamu ke ruang angkasa, bukan setakat anak kapal, Suriati kini pilot Airbus

KOTA KINABALU: Pernah membantu ibunya menjual di kedai runcit ketika usia remaja, namun kehidupan sederhana itu tidak pernah mematahkan semangat Suriati Sukardi, 36, dari Sabah untuk mengejar impian yang lebih besar. Siapa sangka, daripada membantu keluarga mencari rezeki termasuk di pasar tamu, Suriati kini menerbangkan pesawat komersial Airbus A320 dan A321 milik AirAsia. Perjalanan kerjayanya […]

KKM dicadang beri insentif bermaruah kepada pegawai perubatan berkhidmat di Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan (KKM) menyemak semula serta mempertimbangkan pemberian skim atau insentif bermaruah kepada pegawai perubatan yang dihantar bertugas di Sabah dan Sarawak. Ahli jawatankuasa berkenaan Young Syefura Othman berkata langkah itu perlu dilakukan susulan kebimbangan mengenai isu ketidakhadiran pegawai perubatan yang sepatutnya mendaftarkan diri bertugas di […]