Search

Tun Musa terima kunjungan hormat Chong Kah Kiat

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat bekas Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat di Istana Seri Kinabalu, di sini, baru-baru ini. Tun Musa berkata, beliau berbesar hati menerima kunjungan bekas rakan setugasnya itu dan sempat bertukar pendapat berkaitan perkara yang berlaku di negara ini, […]

KM mahu kawalan keselamatan sempadan maritim di Kudat ditingkatkan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mahu kawalan keselamatan sempadan maritim negeri, khususnya di Kudat yang merangkumi perairan Pulau Banggi dan Balambangan ditingkatkan berikutan perkembangan aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata perkembangan itu menuntut semua pihak sentiasa peka terhadap perubahan persekitaran strategik bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara. Beliau […]

Wartawan beri saingan sengit, IPD Kota Kinabalu menang aksi persahabatan

KOTA KINABALU: Biarpun berdepan pasukan yang dibarisi pemain muda, Persatuan Wartawan Sabah (SJA) tetap memberi saingan sengit sebelum akur dengan kemenangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dalam aksi persahabatan bola sepak di sini. Perlawanan yang berlangsung di Padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu bukan sekadar medan menguji kecergasan, malah menjadi platform […]

Prestasi Projek Pan Borneo Sabah capai 89.5 peratus

KOTA KINABALU: Kemajuan fizikal Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Fasa 1A mencapai 89.54 peratus setakat 25 September lalu. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam, berkata Laporan Audit sebelum ini yang menyatakan peratus penyiapan Fasa 1 projek itu sebanyak 11.4 peratus adalah berdasarkan empat pakej kerja yang sudah siap sepenuhnya daripada keseluruhan 35 pakej […]

Dipukul, diugut bakar rumah, tiga ditahan

TAWAU: Polis menahan tiga individu termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes seorang individu dipukul dan diugut rumahnya akan dibakar di Kampung Tanah Merah, Merotai Besar, di sini, malam tadi. Ketiga-tiga suspek terdiri daripada dua wanita berusia 42 dan 47 tahun serta seorang lelaki berusia 45 tahun yang ditahan kira-kira jam 8.10 malam susulan kejadian […]

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah: KKRU, JKR Sabah sedia beri kerjasama siasatan PAC

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya dan Utiliti (KKRU) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sedia memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung siasatan kelewatan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Menterinya, Datuk Dr Joachim Gunsalam, berkata pihaknya mengambil maklum berhubung hasrat jawatankuasa itu susulan laporan audit terhadap projek berkenaan yang didapati hanya siap 11.4 […]

Pilihan Raya Parlimen Belia: Shadam bawa misi bina masa depan belia lebih sejahtera

KOTA KINABALU: Pemerkasaan ekonomi, peningkatan kemahiran dan pembentukan kepimpinan belia digariskan sebagai antara aspek penting bagi membina masa depan golongan belia yang lebih sejahtera. Perkara itu ditekankan calon Pilihan Raya Parlimen Belia Sabah, Shadam Abu, dalam manifestonya untuk menarik belia bagi menyokong usaha membawa perubahan demi kepentingan golongan berkenaan. Menerusi gagasan ‘Bersama Belia Membangun Ekonomi […]

Dua cedera, tiga kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel

KOTA KINABALU: Dua individu cedera termasuk seorang wanita patah kaki kanan dalam kebakaran bengkel kereta di Jalan Nountun, Inanam, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, wanita berusia 54 tahun berkenaan turut melecur 20 peratus pada badan, manakala seorang lelaki berusia 56 tahun melecur pada kaki kanan. Kebakaran itu turut […]

Setiausaha Persekutuan Sabah penghubung kerajaan Persekutuan dan negeri – KM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Setiausaha Persekutuan Sabah yang baharu, Datuk Zul Hadi Ahmad, di Menara Kinabalu, di sini, pada Rabu. Zul Hadi, 57, dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 16 Oktober lalu, menggantikan Datuk Mohd Razali Wahab yang bersara wajib. Sebelum pelantikan itu, Zul Hadi berkhidmat sebagai Pengarah […]

Bunuh pekerja ladang, warga asing dipenjara 40 tahun

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dipenjara maksimum 40 tahun selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja ladang menggunakan tombak, tiga tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Mahkamah Tinggi Tawau pada prosiding penghakiman di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Steve Ritikos, di sini, pada Rabu. Steve memerintahkan tertuduh, Lipus Linus, 53, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada […]