Search

6,417 PATI dihantar pulang ke negara asal sepanjang tahun ini

KOTA KINABALU: Seramai 6,417 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Sabah dihantar pulang ke negara asal masing-masing sepanjang tahun ini menerusi program pemindahan dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah. Terbaharu, seramai 285 warga Filipina dihantar pulang semalam menggunakan feri komersial dari Pelabuhan Pemeriksaan Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad Datu ke Pelabuhan […]

Dana RM18.7 bilion dari Persekutuan bukan semua disalur kepada negeri

KOTA KINABALU: Peruntukan RM18.7 bilion kepada Sabah menerusi Belanjawan Persekutuan 2027 tidak wajar dinilai berdasarkan jumlah keseluruhannya semata-mata. Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan negeri, Johari Suhaimin, berkata sebaliknya ia perlu dilihat dari segi keberkesanan perbelanjaan dan manfaat sebenar kepada rakyat. Beliau berkata, peruntukan berkenaan turut merangkumi perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan, termasuk gaji […]

Parti tempatan perlu bekerjasama demi kepentingan Sabah

KOTA KINABALU: Parti tempatan di Sabah perlu bekerjasama bagi memastikan agenda dan perjuangan untuk rakyat negeri ini dapat direalisasikan. Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata kerjasama itu penting, termasuk dalam memperjuangkan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah. “Apabila parti-parti tempatan bergabung dan […]

Tiga gudang plastik, 12 kenderaan musnah terbakar di Penampang

PENAMPANG: Tiga blok gudang menyimpan barangan plastik musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Mogoputi Industrial Park, Fasa 2, di sini, malam tadi. Kebakaran kira-kira jam 10.25 malam itu turut memusnahkan 12 kenderaan yang berada di kawasan gudang berkenaan. Antara kenderaan terbabit ialah empat van, empat pacuan empat roda, dua lori lima tan, sebuah Perodua Viva dan […]

Penduduk roboh tiga rumah halang api merebak

KOTA KINABALU: Penduduk bertindak merobohkan tiga rumah bagi menghalang api merebak dalam kebakaran yang memusnahkan lima rumah di Skim Penempatan Telipok, Blok Tengah, Telipok, di sini, malam ini. Tindakan pantas penduduk itu dilakukan ketika kebakaran berlaku bagi mengelakkan lebih banyak rumah berhampiran turut terbakar. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba […]

Lelaki ditemui reput, polis kesan waris

SEMPORNA: Polis sedang mengesan waris seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan reput di Kilometer 15, Jalan Semporna-Tawau, di sini, pada 19 September lalu. Lelaki terbabit ditemui kira-kira jam 11.29 pagi tanpa sebarang dokumen pengenalan diri sehingga identitinya masih belum dapat dikenal pasti. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Tan Hiap Wah berkata, proses bedah […]

Tun Musa terima kunjungan hormat Chong Kah Kiat

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat bekas Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat di Istana Seri Kinabalu, di sini, baru-baru ini. Tun Musa berkata, beliau berbesar hati menerima kunjungan bekas rakan setugasnya itu dan sempat bertukar pendapat berkaitan perkara yang berlaku di negara ini, […]

KM mahu kawalan keselamatan sempadan maritim di Kudat ditingkatkan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mahu kawalan keselamatan sempadan maritim negeri, khususnya di Kudat yang merangkumi perairan Pulau Banggi dan Balambangan ditingkatkan berikutan perkembangan aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata perkembangan itu menuntut semua pihak sentiasa peka terhadap perubahan persekitaran strategik bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara. Beliau […]

Wartawan beri saingan sengit, IPD Kota Kinabalu menang aksi persahabatan

KOTA KINABALU: Biarpun berdepan pasukan yang dibarisi pemain muda, Persatuan Wartawan Sabah (SJA) tetap memberi saingan sengit sebelum akur dengan kemenangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dalam aksi persahabatan bola sepak di sini. Perlawanan yang berlangsung di Padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu bukan sekadar medan menguji kecergasan, malah menjadi platform […]

Prestasi Projek Pan Borneo Sabah capai 89.5 peratus

KOTA KINABALU: Kemajuan fizikal Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Fasa 1A mencapai 89.54 peratus setakat 25 September lalu. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam, berkata Laporan Audit sebelum ini yang menyatakan peratus penyiapan Fasa 1 projek itu sebanyak 11.4 peratus adalah berdasarkan empat pakej kerja yang sudah siap sepenuhnya daripada keseluruhan 35 pakej […]