Search

Inkues Zara Qairina: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian kali kedua

PAPAR: Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir minggu ini bermula dengan pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di sini. Lawatan itu, yang kedua selepas kunjungan pertama pada 11 Sept tahun lepas, melibatkan kelas dan bilik Reka Bentuk Teknologi di bangunan sekolah, […]

“Tahniah Harimau Malaya! tiada cuti umum ya,” seloroh PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya atas kejayaan menewaskan Vietnam sekali gus meraih tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026. Anwar berkata kejayaan itu turut menyaksikan skuad kebangsaan menamatkan saingan kejohanan berkenaan tanpa kalah dan tanpa bolos. “Terima kasih kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas kesungguhan dan semangat […]

PDRM hulur bantuan kepada kakitangan ditimpa musibah kebakaran

KINABATANGAN: Musibah kebakaran yang menimpa seorang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan mendapat perhatian warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah itu yang tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan bebannya. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Janeve Sindih bersama warga IPD Kinabatangan hari ini mengadakan lawatan kebajikan terhadap Norsiah Saujar di Kampung Usaha Jaya, Batu 3, Jalan […]

Bekas pengurus pemasaran dipenjara lima tahun, 24 sebatan

TAWAU: Seorang bekas pengurus pemasaran dihukum penjara lima tahun dan 24 sebatan selepas didapati bersalah atas 26 pertuduhan menipu syarikat sehingga mengalami kerugian lebih RM6.2 juta, tiga tahun lalu. Majistret Don Stiwin Malanjum menjatuhkan hukuman terhadap Mok Chuang Leon, 38, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga bapa […]

Kerjasama PGA – RELA perkukuh kawalan sempadan Sabah

KUDAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan sempadan negeri ini menerusi kerjasama penugasan bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Kerjasama itu menyaksikan 37 anggota RELA yang sudah menjalani latihan khas bakal ditempatkan bersama PGA di lima pos kawalan strategik di Kudat, Pitas, Sipitang, Tenom dan Nabawan. Komander Briged Sabah PGA, Datuk […]

Warisan, KDM, STAR perkukuh kerjasama di peringkat bahagian

KOTA KINABALU: Hubungan antara Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, khususnya dalam membawa isu serta kepentingan rakyat Sabah. Perkembangan itu dapat dilihat menerusi kehadiran pimpinan KDM dan STAR pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Warisan Sepanggar, baru-baru ini. Naib Presiden KDM merangkap […]

JAS perkukuh penguatkuasaan pembakaran terbuka tangani jerebu

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mempergiat penguatkuasaan terhadap pembakaran terbuka di seluruh negara, dengan 3,567 kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 setakat September lepas. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS Azuri Azizah Saedon berkata tindakan itu antara langkah berterusan jabatan membendung pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara […]

RUU Makanan 2026 dibentang untuk bacaan pertama

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Makanan 2026 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib berkata bacaan kali kedua dan ketiga RUU bagi meminda Akta Makanan 1983 (Akta 281) itu juga akan dilakukan pada persidangan kali ini. Menurut naskhah RUU tersebut yang dimuat naik di portal […]

Mustapha cadang tubuh jawatankuasa khas teliti mekanisme tambah kerusi Parlimen

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud mencadangkan jawatankuasa khas di bawah Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) ditubuhkan bagi memperincikan kaedah pelaksanaan penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak. Beliau berkata jawatankuasa khas itu dicadang dipengerusikan bersama oleh beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang […]

30 pintu rumah kongsi musnah terbakar

TAWAU: Sebanyak 30 pintu rumah kongsi musnah dalam kebakaran di Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pagi tadi. Kebakaran membabitkan tiga blok rumah kongsi jenis tidak kekal itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada […]