Konsert Israel Houghton wajar diteruskan jika semua syarat dipenuhi – Shafie

KOTA KINABALU: Konsert artis Kristian Amerika Syarikat, Israel Houghton dan kumpulannya, wajar dibenarkan berlangsung di Sabah tertakluk kepada kelulusan serta peraturan yang ditetapkan, kata Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau berkata, Sabah sejak sekian lama membina kekuatan melalui kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama yang saling menghormati, termasuk kebebasan setiap komuniti […]
Bomba periksa lokasi gempa Ranau, tiada kerosakan dikesan

RANAU: Pemeriksaan pasukan bomba di Kampung Paginatan, di sini, mendapati tiada kerosakan atau kesan akibat gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 yang berlaku di daerah ini, pagi tadi. Malah, beberapa penduduk yang ditemui pasukan bomba turut memaklumkan mereka tidak merasai sebarang gegaran ketika kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Rantey Fred berkata, pihaknya menerima […]
Lelaki ditahan mengamuk, baling batu di rumah pekerja

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki mengamuk dan melontar batu ke arah kawasan perumahan pekerja sebuah ladang di Merotai Kecil, di sini, semalam. Suspek berusia 48 tahun itu turut dipercayai sering melakukan gangguan di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan pekerja serta keluarga mereka. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten […]
Pemandu maut lori simen terbabas, terbalik

KENINGAU: Seorang lelaki maut selepas lori simen dipandunya terbabas sebelum terbalik di bahu Jalan Kampung Bariawa Ulu, di sini, pagi tadi. Mangsa warga tempatan berusia 40 tahun dipercayai terperangkap di dalam lori berkenaan sebelum ditemukan pasukan bomba selepas kenderaan berat itu diangkat menggunakan kren. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Penguasa Bomba Severinus […]
Gempa bumi lemah magnitud 3.5 di Ranau

RANAU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 menggegarkan Panginatan, di sini, pagi ini dengan gegaran turut dirasai penduduk di sekitar daerah berkenaan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada jam 10.57 pagi pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur. Menurutnya, pusat gempa dikesan kira-kira 14 kilometer (km) di selatan […]
Imigresen gempur lima daerah, 82 PATI ditahan

KOTA KINABALU: Seramai 82 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerusi 12 operasi penguatkuasaan di lima daerah dalam tempoh enam hari. Operasi bermula 26 September hingga 1 Oktober itu dilaksanakan di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Keningau dengan keseluruhan 288 individu diperiksa. JIM Sabah dalam kenyataan berkata, mereka […]
Isteri orang dicekup khalwat dalam kereta

KUNAK: Seorang wanita berstatus isteri orang dicekup bersama seorang lelaki kerana disyaki berkhalwat di dalam sebuah kenderaan, di sini, semalam. Pasangan berkenaan dicekup penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kunak menerusi Operasi Cegah Maksiat. Menurut JHEAINS Kunak, pemeriksaan mendapati lelaki dan wanita terbabit berada bersama di dalam sebuah kenderaan dalam keadaan […]
Tercampak dari Honda WR-V sebelum mangsa dihanyut arus deras

KOTA KINABALU: Pemandu Honda WR-V yang ditemukan maut kira-kira dua kilometer dari lokasi keretanya terbabas di Jalan Pan Borneo Inanam, di sini, semalam dipercayai tercampak keluar sebelum dihanyutkan arus deras. Siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang semalam ketika mangsa Benny Chen Chun Hwa, 27, dalam perjalanan dari arah Penampang menuju […]
Perkasa GPS sebagai wadah budayakan sikap prihatin, kesukarelawanan – Armizan

KOTA KINABALU: Gerakan Pengguna Siswa (GPS) perlu terus diperkasakan sebagai wadah untuk membudayakan sikap prihatin, kesukarelawanan dan saling membantu dalam kalangan mahasiswa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali. Beliau berkata penglibatan GPS dalam menangani isu kos sara hidup perlu membawa manfaat langsung kepada kehidupan mahasiswa, termasuk menerusi pelaksanaan […]
Carlsberg Malaysia raih dua pengiktirafan The Edge Billion Ringgit Club Awards

SHAH ALAM: Carlsberg Brewery Malaysia Berhad (Carlsberg Malaysia) meraih dua pengiktirafan pada The Edge Billion Ringgit Club Awards 2026, termasuk anugerah Highest Return-on-Equity (ROE) bagi sektor Produk dan Perkhidmatan Pengguna untuk tahun ketujuh berturut-turut. Syarikat itu turut menerima anugerah Best Corporate Responsibility (CR) Initiatives buat kali ketiga dalam kalangan syarikat bermodal pasaran antara RM1 bilion […]