Search

Kekalkan momentum, bawa pulang kemenangan menentang Vietnam – Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru skuad Harimau Malaya supaya mengekalkan momentum kemenangan ketika menentang Vietnam dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala ASEAN FIFA 2026, Isnin ini. Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata semangat juang dan kesungguhan skuad kebangsaan sepanjang kempen tetap membanggakan seluruh rakyat Malaysia […]

Ellron bersama bekas pemimpin dan ahli STAR sertai PGRS

KENINGAU: Bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin, bersama bekas pemimpin dan ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dari Sook, Nabawan dan Tulid, menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), di sini. Ellron menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Bahagian PGRS Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PGRS Bahagian […]

199 mangsa banjir di 3 PPS di Penampang

KOTA KINABALU: Seramai 199 mangsa daripada 69 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara di Penampang berikutan banjir yang melanda 15 kampung di daerah terbabit pada petang Khamis. Daripada jumlah itu, seramai 72 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di PPS Kompleks Sukan Penampang; 44 mangsa daripada 18 keluarga di PPS Dewan Huguan Siou; 83 mangsa […]

Lelaki hilang selepas kereta terjunam parit ditemukan maut dua kilometer dari lokasi

KOTA KINABALU: Pencarian seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Pan Borneo dekat Kampung Kawakaan, di sini, petang semalam, berakhir apabila mayatnya ditemukan pagi ini. Mangsa Benny Chen Chun Hwa, 27, ditemukan pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 10.30 pagi, pada […]

Wanita ditahan di kondominium, positif benzo

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sebuah kondominium di Kota Kinabalu, susulan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah. Wanita berusia 30 tahun itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sebelum ujian saringan awal air […]

230 PATI dihantar pulang ke tiga negara

KOTA KINABALU: Seramai 230 pendatang asing tanpa izin (PATI) membabitkan warga Filipina, Indonesia dan Pakistan dihantar pulang ke negara asal masing-masing menerusi laut dan udara, semalam. Daripada jumlah itu, 157 adalah warga Filipina, 71 warga Indonesia manakala dua lagi warga Pakistan yang sebelum ini ditempatkan di beberapa depot Imigresen di Sabah. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) […]

30 mangsa banjir dipindahkan di Penampang

PENAMPANG: Seramai 30 mangsa banjir membabitkan tiga lokasi di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir, malam tadi. Mangsa terdiri daripada 14 penduduk di kawasan belakang Loji Rawatan Air Kasigui, 10 penduduk Kampung Penampang Proper dan enam lagi dari Kampung Kibabaig. Ketua Balai Bomba dan […]

Pokok tumbang hempap dua kereta, kabel elektrik turut jatuh

KOTA KINABALU: Dua kenderaan dihempap pokok yang tumbang di hadapan Masjid Padang Merdeka, di sini, malam tadi. Kejadian jam 11.20 malam itu membabitkan Perodua Myvi dan Perodua Viva yang berada di kawasan berkenaan, namun tiada kecederaan dilaporkan. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Kinabalu, Mejar (PA) Aizex Junior Simon berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam […]

Ceroboh stor kedai, wanita 61 tahun ditahan bersama sembilan tong gas

TAWAU: Seorang wanita berusia 61 tahun ditahan polis selepas disyaki terbabit kes menceroboh sebuah stor kedai di daerah Kalabakan. Suspek warga tempatan itu ditahan sepasukan anggota Balai Polis Kalabakan di sebuah premis tidak bernombor di Kampung Mangga, Kalabakan, susulan maklumat diterima polis berhubung kes berkenaan. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, […]

Hujan lebat cetus banjir kilat di beberapa kawasan Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan petang tadi menyebabkan banjir kilat, selain menjejaskan pergerakan pengguna jalan raya apabila air naik ke permukaan jalan. Antara kawasan terjejas termasuk Jalan Kionsom dan Jalan Kitobu di Inanam, selain beberapa lokasi di Telipok. Keadaan itu menyebabkan beberapa kenderaan terkandas selepas air naik dengan cepat di laluan berkenaan. […]