Jururawat maut, pacuan empat roda terjunam 30 meter ke dalam sungai

RANAU: Seorang jururawat maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum terjunam kira-kira 30 meter ke dalam sungai di Kilometer 20, Jalan Ranau-Telupid, berhampiran Kampung Nalapak, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.58 tengah hari itu, mangsa berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas ditemukan dalam keadaan tidak […]
Ribut petir, hujan lebat landa beberapa kawasan di Sabah hingga 6 petang

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Dalam kenyataan hari ini, METMalaysia memaklumkan amaran cuaca itu membabitkan kawasan Kudat, termasuk Kota Marudu dan Kudat, selain Pantai Barat serta Pedalaman. Amaran berkenaan dikeluarkan susulan jangkaan keadaan cuaca tidak […]
Op Samseng Jalanan, 78 saman dikeluarkan, seorang ditahan

KOTA KINABALU: Polis memperketatkan penguatkuasaan terhadap kegiatan samseng jalanan pada hujung minggu apabila 78 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di empat lokasi sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi. Operasi bermula tengah malam hingga jam 5 pagi itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di Jalan Coastal, berhampiran Api-Api […]
Wanita maut, pacuan empat roda terbabas ke dalam sungai

RANAU: Seorang wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaikinya terbabas ke dalam sungai di Kampung Nalapak, di sini, hari ini. Mangsa Nancy Kitingon, 47, yang berada di dalam kenderaan jenis Isuzu D Max disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong […]
Pelari Itali, Sepanyol, Russia juara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU: Pelari Itali, Alex Oberbacher menjuarai Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu Ke-33 bagi kategori Lelaki Elit dengan mencatat masa tiga jam, 20 minit dan 54 saat di Taman Kinabalu, Kundasang pada Ahad. Bagi kategori Wanita Elit, gelaran juara dimenangi June Villariel dari Sepanyol dengan catatan masa empat jam, sembilan minit dan 14 saat. Sementara itu, […]
Sabah beralih ke fasa baharu pembangunan – KM

KUDAT: Kerajaan Sabah kini bersedia melangkah ke fasa baharu pembangunan, daripada mengekalkan kestabilan politik kepada memperkasa keupayaan sebenar negeri untuk terus maju dan makmur selaras dengan semangat serta matlamat Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata fasa lima tahun pertama pentadbirannya […]
Malam minggu bawa padah, dua lelaki ditahan, 14 kenderaan disita

TAWAU: Keasyikan menikmati malam minggu membawa padah kepada dua lelaki apabila ditahan polis atas kesalahan lalu lintas, termasuk seorang penunggang motosikal yang didapati positif alkohol dalam operasi di Batu 24, Jalan Apas, di sini, malam tadi. Dalam Operasi Motosikal yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau itu, sebanyak […]
GRS mesti dahulukan kepentingan Sabah, ketepikan ego politik – Hajiji

KUDAT: Parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diingatkan supaya mengutamakan kepentingan Sabah dan gabungan itu berbanding kepentingan parti atau individu bagi memastikan kekuatan politik negeri terus terpelihara. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kekuatan Sabah untuk mempunyai kuasa tawar-menawar lebih kukuh di peringkat Persekutuan mesti bermula dengan perpaduan dalam GRS sendiri, bukannya dibayangi pertelingkahan, […]
Minyak sawit mentah empat tan dirampas

SANDAKAN: Aktiviti pemindahan minyak sawit mentah (CPO) yang disyaki dilakukan tanpa mematuhi peraturan berjaya dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Sandakan, awal pagi semalam. Dalam operasi itu, sebuah bot kargo yang membawa kira-kira empat tan CPO ditahan untuk pemeriksaan berhampiran sebuah tongkang. Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, […]
Polis siasat hantaran Facebook ajak bakar kedai di Ranau

RANAU: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran di Facebook yang mengandungi kenyataan berunsur hasutan supaya membakar semua kedai milik warga Pakistan di Ranau dan seluruh Malaysia. Hantaran yang dikesan menerusi laman Facebook ‘Berita Harian Ranau’ itu turut menarik perhatian ramai apabila menerima kira-kira 200 komen sebelum dipadam. Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud […]