Projek Cahaya Serbang komitmen Sabah Electricity pelihara alam sekitar Sabah

BONGAWAN: Sebanyak 500 anak pokok bakau ditanam menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) di Kampung Seri Serbang, di sini, pada Ahad. Program dinamakan Projek CSR Cahaya Serbang itu dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan diketuai sendiri Pengerusi Sabah Electricity, Datuk Saadiah Aziz yang turut menanam anak pokok […]
Lima warga Filipina jadi pemandu selam tanpa permit sah ditahan

SEMPORNA: Lima lelaki warga Filipina yang disyaki bekerja sebagai pemandu selam (dive guide) tanpa permit sah ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi pemeriksaan bot pelancongan di perairan Laut Singamata, di sini, hari ini. Dalam operasi kira-kira jam 10 pagi itu, semua lelaki berusia antara 20 hingga 32 tahun berkenaan gagal mengemukakan permit kebenaran bekerja […]
Krisis bekalan air di Tawau, Jabatan Air digesa ambil tindakan segera – Warisan

TAWAU: Penduduk di sekitar daerah ini termasuk Bandar Sri Indah, Batu Payung, Ranggu, Apas Permai, Taman Millennium, Kongsi 10, Taman Sri Balung dan beberapa lagi kawasan lain dilapor terjejas berikutan masalah gangguan bekalan air. Ketua Wira Warisan Tawau, Dr Istefan Koh, berkata berdasarkan aduan yang diterimanya, penduduk di Bandar Sri Indah dilapor berdepan masalah bekalan […]
KM tinjau pembinaan 20 Rumah Mesra SMJ berkelompok di Kudat

KUDAT: Sebanyak 20 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) jenis bertiang dibangunkan secara berkelompok di Kampung Perpaduan Ria 2, di sini untuk golongan miskin, kurang berkemampuan dan belum memiliki rumah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau sendiri projek pembinaan rumah yang bernilai RM95,000 setiap unit itu sempena lawatannya ke Kudat pada Sabtu. Projek […]
Adam Shamil gegar TikTok Awards, atasi Khairul Aming dan Sofyank dalam undian

KOTA KINABALU: Siapa sangka anak jati Penampang, yang terkenal dengan loghat Sabah pekat dan gelagat lucunya kini mendahului undian kategori paling berprestij TikTok Awards Southeast Asia 2026, mengatasi dua nama besar negara, Khairul Aming dan Sofyank. Personaliti media sosial, Adam Shamil, 27, mencuri perhatian apabila berjaya menempatkan diri sebagai satu-satunya wakil Borneo dalam kelompok tiga […]
Seorang maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di Pitas

PITAS: Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Jalan Kampung Kesagaan, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 8.59 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20-an yang menaiki Toyota Hilux disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pitas pada jam 10.16 pagi. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan […]
Bangunkan produk pelancongan beridentiti tersendiri di setiap daerah – KM

KOTA BELUD: Setiap daerah perlu membangunkan produk dan pengalaman pelancongan yang mempunyai identiti tersendiri untuk ditawarkan kepada pelancong sempena Tahun Melawat Sabah 2027. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata setiap daerah mempunyai keunikan dan kekuatan tersendiri yang boleh diketengahkan sebagai tarikan pelancongan, termasuk Kota Belud yang kaya dengan khazanah budaya, tradisi dan keindahan alam […]
KPD sasar jualan RM100 juta tahun ini

PAPAR: Korporasi Pembangunan Desa (KPD) menyasarkan jualan sebanyak RM100 juta tahun ini selepas mencatat jualan RM106 juta tahun lalu. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar, berkata sasaran itu diyakini mampu dicapai berdasarkan pelbagai aktiviti pertanian dan perusahaan agro-makanan yang dilaksanakan KPD bersama masyarakat kampung. Beliau berkata, KPD mengusahakan pelbagai aktiviti termasuk […]
Timpohon Run 2026: Donal pertahan gelaran Lelaki Terbuka, Nancy cipta rekod baharu Wanita Terbuka

KOTA KINABALU: Pelari dari Tambunan, Donal Ronaldi Lasius berjaya mempertahankan gelaran juara Timpohon Run 2026 bagi kategori Lelaki Terbuka buat kali kedua di Taman Kinabalu, Kundasang pada Sabtu. Donal menamatkan larian dalam masa 50 minit dan lapan saat, meninggalkan pesaing terdekatnya dari Russia, Vegman Alexey yang mencatat masa 53 minit dan 48 saat. Tiga peserta […]
Timpohon Run 2026: Donal pertahan gelaran Lelaki Terbuka, Nancy cipta rekod baharu Wanita Terbuka

KOTA KINABALU: Pelari dari Tambunan, Donal Ronaldi Lasius berjaya mempertahankan gelaran juara Timpohon Run 2026 bagi kategori Lelaki Terbuka buat kali kedua di Taman Kinabalu, Kundasang pada Sabtu. Donal menamatkan larian dalam masa 50 minit dan lapan saat, meninggalkan pesaing terdekatnya dari Russia, Vegman Alexey yang mencatat masa 53 minit dan 48 saat. Tiga peserta […]