Penunggang motosikal maut selepas langgar bulatan, rempuh kereta

PENAMPANG: Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bulatan sebelum merempuh sebuah kereta di Bulatan Pavilion, Jalan Bundusan, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa lelaki mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, siasatan awal mendapati […]
Sokong hukuman keras terhadap pemandu mabuk, khayal dadah – Masiung

KOTA KINABALU: Cadangan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2027 Jumaat lalu perlu dirangka dengan lebih tegas. Sambil menyambut baik pindaan berkenaan, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Masiung Banah menggesa kerajaan mempercepatkan akta baharu berkenaan sebagai hukuman drastik kepada pemandu mabuk dan […]
RM7.6 bilion nilai pelaburan sektor pembuatan Sabah pada 2025

KOTA KINABALU: Sabah mencatat pelaburan sebanyak RM7.6 bilion dalam sektor pembuatan pada tahun lalu. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pencapaian itu menunjukkan momentum pertumbuhan industri yang kukuh serta keyakinan pelabur terhadap negeri ini. Beliau berkata, dalam tempoh yang sama, usahawan Sabah turut meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa apabila seramai 124 usahawan Perusahaan Kecil […]
84 PATI ditahan dalam 15 operasi imigresen di lima daerah Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam kira-kira 15 operasi penguatkuasaan di lima daerah negeri ini, sepanjang empat hari bermula 5 Oktober lalu. Operasi yang dijalankan di Tawau, Semporna, Sandakan, Keningau dan Kudat itu menyaksikan seramai 293 individu diperiksa bagi mengesan warga asing yang melanggar undang-undang […]
Bilik guru, pejabat SK Langkon hampir musnah terbakar

KOTA MARUDU: Bilik guru, pejabat am dan stor Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon, di sini, hampir musnah dalam kebakaran yang memusnahkan 95 peratus bangunan berkenaan, petang tadi. Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, kebakaran membabitkan bangunan separuh kekal dua tingkat berkeluasan kira-kira 119 meter persegi. Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan. Ketua […]
Warga media Sabah, Semenanjung berentap di meja pool, papan dart

KOTA KINABALU: Kesibukan memburu berita bakal bertukar menjadi aksi memburu kemenangan apabila pengamal media Sabah dan Semenanjung berentap dalam Kejohanan Persahabatan Pool dan Dart di JPool Damai, di sini, pada 24 Oktober ini. Kejohanan julung kali anjuran Kelab Rekreasi Media dan Komunikasi Kota Kinabalu (MedComm KK) itu turut menyaksikan penyertaan Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), Lembaga […]
Belanjawan 2027 bukti komitmen kerajaan perkasa pembangunan pedalaman Sabah – Arthur

KOTA KINABALU: Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi di kawasan pedalaman Sabah terus diberi keutamaan, kata Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup. Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata komitmen itu turut dapat dilihat menerusi peruntukan Persekutuan terbesar RM18.7 bilion kepada Sabah, peningkatan […]
Gudang simpanan kayu, papan musnah terbakar di Tawau

TAWAU: Sebuah gudang penyimpanan kayu dan papan di Kilang Hap Seng, Tanjung Batu Laut Log Pond, di sini, musnah sepenuhnya dalam kebakaran, pagi tadi. Kebakaran kira-kira jam 6 pagi itu memusnahkan keseluruhan gudang jenis tidak kekal berkeluasan kira-kira 3,066 meter persegi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba Jemishin Ujin berkata, pihaknya […]
Belanjawan 2027: Pemerkasaan modal insan Sabah dan Sarawak jadi agenda utama – Mustapha

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata Belanjawan 2027 meletakkan pemerkasaan modal insan Sabah dan Sarawak sebagai salah satu agenda utama. Beliau berkata, antara pengumuman Perdana Menteri yang dilihat kritikal dalam memperkasa modal insan Sabah dan Sarawak adalah melalui penggandaan tawaran tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 4,200 […]
Lebih sejam operasi pujuk wanita di tingkat tiga

PENAMPANG: Seorang wanita berusia 21 tahun berjaya dipujuk pasukan bomba dan polis selepas tindakannya berada di tingkat tiga sebuah bangunan di Donggongon, di sini, mencetuskan detik cemas awal pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu menyebabkan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat. Ketua […]