Search

Enam rumah terbakar di Taman Jumbo, tiga musnah 80 peratus

PUTATAN: Enam rumah teres satu tingkat di Taman Jumbo, Petagas, di sini, terbakar dengan tiga daripadanya musnah 80 peratus dalam kejadian petang tadi. Kebakaran jam 5.50 petang itu turut menyebabkan dua rumah mengalami kemusnahan masing-masing 70 dan 30 peratus, manakala sebuah lagi terbakar 20 peratus. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan. […]

Belanjawan 2027 bantu pembangunan pelancongan, sokong persiapan Visit Sabah 2027

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin menyambut baik pembentangan Belanjawan 2027 yang memberi penekanan kepada pembangunan Sabah, pengukuhan sektor pelancongan serta peningkatan kesalinghubungan antarabangsa. Beliau berkata, peruntukan Persekutuan sebanyak RM18.7 bilion kepada Sabah, meningkat daripada RM17.6 bilion tahun ini, mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh pembangunan negeri. Katanya, […]

Belanjawan Negara 2027 ringankan beban rakyat

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Belanjawan Negara 2027 sebagai belanjawan komprehensif yang dapat meringankan beban kewangan rakyat dan mencerminkan kekukuhan ekonomi negara. “Saya melihat belanjawan ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi pengurangan cukai serta pemberian insentif kepada penjawat awam, golongan peniaga dan semua lapisan masyarakat. “Ia juga membuktikan kekukuhan […]

Dua lelaki ada rekod jenayah ditahan, disyaki hasilkan 14 MyPR palsu

KOTA BELUD: Dua lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penipuan dan penyalahgunaan dadah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan urusan permohonan kad Pemastautin Tetap (MyPR) di daerah ini. Kedua-dua suspek warga tempatan berusia 33 dan 41 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua lokasi berasingan, hari ini, susulan laporan seorang wanita yang […]

Belanjawan 2027: Guardian sambut baik peningkatan had pelepasan cukai untuk tingkat penjagaan kesihatan

KUALA LUMPUR: Guardian Malaysia menyambut baik langkah-langkah dalam Belanjawan 2027 yang bertujuan meningkatkan kemampuan rakyat mendapatkan penjagaan kesihatan, khususnya peningkatan had pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000 buat kali pertama sejak 2010. Pengarah Urusan Guardian Malaysia Priscilla Wu berkata langkah-langkah itu, bersama-sama pengurangan cukai yang berpotensi mengembalikan sehingga RM1,600 ke dalam belanjawan isi rumah, […]

Penjawat awam hargai kenaikan pangkat khas, bantuan khas kewangan RM1,500

PUTRAJAYA: Penjawat awam menyambut baik pengumuman kenaikan pangkat kepada 12,000 pegawai pengurusan dan profesional serta Bantuan Khas Kewangan RM1,500, menyifatkannya sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka selain membantu meringankan beban kos sara hidup. K. Yuvarany, 34, berkata pelaksanaan kenaikan pangkat secara one-off itu merupakan pengiktirafan bermakna kepada mereka yang telah lama menantikan peluang kemajuan kerjaya berikutan […]

GRAB sasar tingkatkan pendapatan pekerja Gig tanpa jejaskan tambang

KUALA LUMPUR: Grab menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan pemandu e-hailing dan rakan penghantaran p-hailing mulai tahun ini (2027) tanpa menjejaskan tambang penumpang, di bawah cadangan rangka kerja pendapatan minimum. Grab dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa persetujuan prinsip telah dicapai mengenai cadangan kadar asas minimum bagi pekerja e-hailing dan p-hailing. “Majlis Perundingan Gig akan meneruskan […]

Belanjawan 2027 bukti komitmen kerajaan ringankan beban M40 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menangani permasalahan rakyat, termasuk golongan berpendapatan sederhana (M40). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah diumumkan menerusi belanjawan itu dijangka membantu meringankan beban kewangan golongan M40 yang berdepan tekanan akibat komitmen perbelanjaan tinggi. […]

Belanjawan 2027: Kita tidak bina negara untuk satu tahun fiskal, tetapi satu generasi – Anwar

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027, Belanjawan MADANI Kelima, disifatkan sebagai ‘Waad Nasional’ yang mencerminkan tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kekuatan ekonomi negara diterjemahkan kepada keadilan sosial, peluang lebih saksama dan peningkatan maruah rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kelima bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” di Dewan Rakyat hari ini berkata […]

Belanjawan 2027: Tawaran doktor tetap berita baik kepada doktor muda – Dr Davina

KOTA KINABALU: Inisiatif kesihatan yang diumumkan dalam Belanjawan 2027, khususnya tawaran jawatan tetap kepada doktor kontrak dan usaha memperkukuh kemudahan kesihatan awam disifatkan sebagai langkah tepat yang perlu dilaksanakan kerajaan. Pengerusi Biro Kesihatan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Dr Davina Markus, berkata menerusi inisiatif itu lebih 4,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap tahun ini, […]