Search

Belanjawan 2027: Sabah perlu peruntukan lebih besar tangani isu air, jalan, elektrik

KUALA LUMPUR: Sabah memerlukan peruntukan lebih besar dalam Belanjawan 2027 bagi menangani isu asas, termasuk bekalan air, jalan raya, elektrik, pendidikan dan capaian digital, khususnya di kawasan luar bandar serta pedalaman. Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata isu tiga serangkai, iaitu air, elektrik dan jalan raya, masih menjadi antara […]

Dua suami pukul isteri dipenjara dua tahun

KOTA MARUDU: Dua lelaki masing-masing dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas didapati bersalah mencederakan isteri masing-masing dalam dua kejadian berasingan. Laemon Pinga, 39, dan John Jamayan, 29, dijatuhi hukuman itu selepas disabitkan atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama. Mahkamah diberitahu, Laemon […]

Madius persoal kenapa hanya 43 peratus projek siap

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau, mempersoalkan bagaimana perbelanjaan pembangunan Sabah boleh mencapai 95.3 peratus sedangkan hanya 43 peratus daripada 941 projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di negeri ini siap. Katanya, keadaan itu menimbulkan persoalan serius mengenai keberkesanan pelaksanaan projek kerajaan serta sejauh mana peruntukan yang dibelanjakan benar-benar diterjemahkan kepada manfaat […]

Bentangkan laporan berkala kemajuan projek Pan Borneo Sabah – Matbali

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah menyarankan supaya laporan kemajuan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dibentangkan secara berkala kepada Parlimen. Katanya, langkah itu perlu bagi membolehkan semua wakil rakyat dan rakyat Sabah amnya mengetahui kemajuan serta perkembangan sebenar projek berkenaan. “Kita perlu ada mekanisme pemantauan khas Pan Borneo Sabah yang lebih tersusun […]

Pegawai kanan agensi kerajaan ditahan, tuntutan RM15,000 disyaki palsu

SANDAKAN: Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki mengemukakan dua dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan kira-kira RM15,000. Suspek wanita berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sandakan. Difahamkan, dua dokumen berkenaan membabitkan tuntutan perbelanjaan mesyuarat […]

PKMB alu-alukan kehadiran dua doktor baharu di Hospital Keningau

KENINGAU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor (PKMB) menyambut baik kehadiran dua Pegawai Perubatan baharu yang mula berkhidmat di Hospital Keningau, di sini. Pengerusinya, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles, berkata kehadiran Dr Muhammad Zuhalli bin Ziauddin dan Dr Nur Liyana Syairah binti Rosli amat dialu-alukan, khususnya bagi menambah tenaga perubatan untuk memenuhi keperluan penduduk […]

Bekas polis sedia bantu PDRM bendung jenayah di Keningau

KENINGAU: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Keningau bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan, pencegahan dan pembanterasan jenayah di daerah ini. Pengerusinya, Sub Inspektor (B) Francis Anggi Kathil, berkata kesediaan itu berikutan pengalaman dan pengetahuan luas bekas anggota polis dalam aspek keselamatan serta pencegahan jenayah. “Kami bersedia membantu PDRM sebagai mata […]

Lelaki dicekup bersama 26 paket syabu

KOTA BELUD: Kegiatan seorang lelaki yang disyaki mengedar dadah terbongkar selepas polis menemui 26 paket berisi lebih 50 gram methamphetamine dalam serbuan di Kampung Nanamun, di sini, pagi tadi. Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira jam 7.30 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud. Ketua Polis […]

Pengedar syabu dicekup dalam hotel

PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki tempatan yang disyaki mengedar dadah terbongkar selepas ditahan polis bersama lebih 52 gram syabu dalam serbuan di sebuah hotel di Putatan, malam tadi. Suspek berusia 41 tahun ditahan kira-kira jam 10.30 malam menerusi Op Gempur Khas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Penampang. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton […]

FINAS terus berunding peroleh salinan karya P. Ramlee – Teo

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) terus berunding dengan pemegang hak karya seniman agung Tan Sri P. Ramlee bagi mendapatkan salinan karya beliau untuk tujuan pemeliharaan. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata usaha menghubungi pemegang hak telah dilakukan, termasuk dengan Shaw Brothers di Singapura yang memberikan maklum balas kepada FINAS bulan lepas. […]