Search

Anggota polis maut ketika pulang ke IPD selepas tugas eskot tahanan

KINABATANGAN: Perjalanan pulang selepas selesai menunaikan tugas mengiring tahanan berakhir tragedi apabila seorang anggota polis maut selepas kenderaan pasukan dinaikinya terbabit kemalangan, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang di Kampung Lot M, di sini, Konstabel Mathew Zulian Backly, 29, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan disahkan meninggal dunia ketika menerima […]

Ustazah maut, tiga pelajar cedera kemalangan di Beluran

BELURAN: Seorang ustazah maut, manakala tiga pelajar cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pamol-Sapi Nangoh, di sini, hari ini. Mangsa dikenali sebagai Ustazah Nurafya, 25, yang berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai – Sungai, Beluran. Difahamkan, Nurafya memandu Perodua Aruz bersama tiga pelajar perempuan […]

14 tuntutan palsu, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi didakwa

SANDAKAN: Seorang Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi berdepan 14 pertuduhan menggunakan dokumen tuntutan yang didakwa mengandungi butiran dan pernyataan palsu membabitkan pembekalan barangan serta perkhidmatan di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan. Tertuduh, Nur Izzati Mohd Rudzuan, 37, yang bertugas di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Seksyen […]

Video pergaduhan tular, 14 pelajar ditahan

TAWAU: Rakaman video pergaduhan sekumpulan pelajar di sebuah taman permainan yang tular membawa kepada penahanan 14 remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun, Selasa lalu. Kejadian di Taman Permainan Taman Ambar, Jalan Kuhara, di sini, dipercayai bermula akibat perselisihan faham antara dua pelajar sebelum beberapa pelajar lain turut terbabit dalam pergaduhan. Ketua Polis Daerah Tawau, […]

Rumah kongsi empat pintu musnah, lima blok terselamat

KINABATANGAN: Sebuah blok rumah kongsi empat pintu musnah dalam kebakaran di Block AF Melewar Estate Division 1, Paris 3, di sini, pagi tadi. Tindakan pantas bomba bagaimanapun berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke lima blok rumah kongsi berhampiran. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Suriyadi Drawis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian kecemasan […]

Guru parah, tiga pelajar cedera kemalangan dua kenderaan

BELURAN: Seorang guru wanita parah manakala tiga pelajar cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Pamol Sapi Nangoh, di sini, hari ini. Dalam kejadian itu, guru berusia 25 tahun berkenaan memandu Perodua Aruz bersama tiga pelajar perempuan sebelum kenderaan mereka terbabit kemalangan dengan Toyota Hilux yang dinaiki empat individu. Ketua Balai Bomba dan […]

945 liter petrol bersubsidi dirampas

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 945 liter petrol bersubsidi yang disembunyikan dalam 30 tong selepas menyerbu sebuah premis tidak bernombor di atas air di Kampung Tinusa, di sini, tengah malam tadi. Dalam operasi jam 12.35 tengah malam itu, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan. Pengarah Maritim Zon […]

Dua rumah musnah terbakar di Bongawan

PAPAR: Dua rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Padang, Pekan Bongawan, di sini, tengah malam tadi. Kebakaran membabitkan sebuah rumah separuh kekal seluas kira-kira 93 meter persegi dan sebuah rumah sewa separuh kekal seluas kira-kira 56 meter persegi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nelson Ponji berkata, pihaknya menerima […]

80 peratus ahli KWSP Sabah miliki simpanan bawah RM50,000

KOTA KINABALU: Sebanyak 80 peratus daripada 1.14 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Sabah mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000, dengan golongan pekerja sektor tidak formal antara yang berdepan cabaran untuk membuat caruman secara konsisten. Pengarah KWSP Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Mohd Fadil Sarehan berkata keadaan itu perlu diberi perhatian serius bagi […]

Saya ibu, saya juga kawan Zara Qairina – Noraidah

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir menjadikan ibunya sebagai tempat utama untuk meluahkan masalah, suka duka serta bercerita mengenai persahabatannya, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini. Ibunya, Noraidah Lamat, 46, yang merupakan saksi ke-82 berkata hubungan mereka sangat rapat dan beliau bukan sahaja berperanan sebagai ibu, malah juga seorang kawan kepada anak tunggalnya itu. “Hubungan saya […]