Search

Pelancong China maut ketika snorkeling di Pulau Pom Pom

SEMPORNA: Seorang pelancong wanita warga China maut selepas tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti snorkeling di perairan Pulau Pom Pom, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 66 tahun dilaporkan mengadu tidak selesa sebelum meminta dibawa naik ke bot. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah berkata, mangsa […]

Laluan Ranau – Telupid dibuka satu lorong

RANAU: Laluan di Kilometer 65 Jalan Ranau – Telupid berhampiran Kilang Sawit Toupos yang terjejas akibat tanah runtuh dan pokok tumbang, kini dibuka kepada kenderaan menggunakan satu lorong. Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, kontraktor Pan Borneo masih berada di lokasi bagi meneruskan kerja membaiki bahagian jalan yang ditimbus tanah runtuh. Katanya, anggota […]

DBKK tidak pernah lelong kenderaan disita kerana kesalahan parkir

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tidak pernah melelong kenderaan yang disita akibat kesalahan parkir, meskipun undang-undang kecil berkenaan membenarkannya tertakluk kepada syarat dan prosedur. Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, lelongan setakat ini hanya melibatkan kenderaan buruk yang terbiar dan menjadi buangan bagi menangani masalah kebersihan, keselamatan serta penggunaan ruang […]

Cuba lari, lelaki dicekup bersama komponen motosikal dan senjata

PUTATAN: Tindakan seorang lelaki cuba melarikan diri selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan mengundang padah apabila dia ditahan polis di daerah ini, awal pagi tadi. Pemeriksaan terhadap suspek warga tempatan berusia 35 tahun itu kemudian membawa kepada penemuan beberapa komponen motosikal disyaki dicuri, selain senjata berjadual dan peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah. Menurut kenyataan Ibu […]

Konsert Israel Houghton: Anifah persoal tindakan buat laporan polis

KOTA KINABALU: Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman melahirkan rasa terkejut dengan tindakan membuat laporan polis bagi membantah cadangan penganjuran konsert penyanyi Gospel Kristian, Israel Houghton, di Kota Kinabalu. Bekas Menteri Luar itu berkata, perkara berkenaan mengejutkan kerana Sabah sejak dahulu lagi menjunjung tinggi nilai toleransi, dengan masyarakat pelbagai agama hidup bersama dalam suasana […]

Kelas PLF bimbing lebih 500 dewasa luar bandar, pedalaman Sabah celik huruf

Oleh Rohana Nasrah KOTA KINABALU: Golongan dewasa yang tercicir daripada pendidikan formal terus diberi peluang menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) menerusi Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Pengarah KEMAS Sabah Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata lebih 500 peserta mengikuti program itu pada tahun ini menerusi 25 kelas […]

Konsert gospel Kristian: Madius gesa keputusan berasaskan undang-undang

KOTA KINABALU: Cadangan penganjuran konsert gospel Kristian tidak seharusnya dianggap menyalahi undang-undang hanya berdasarkan kewujudan laporan polis atau bantahan, kata Presiden Kehormat UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. Beliau berkata, laporan polis hanyalah maklumat yang perlu dinilai dan tidak boleh dianggap sebagai bukti bahawa sesuatu kesalahan sudah berlaku atau penganjur serta artis terbabit melakukan […]

Timbalan Ketua Polis Lahad Datu Jimmy Panyau meninggal dunia malam tadi

LAHAD DATU: Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Jimmy Panyau meninggal dunia malam tadi di Kuching Life Care Society, Sarawak, selepas mengalami masalah kesihatan berkaitan hati dan saluran hempedu. Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata Jimmy, 53, menghembuskan nafas terakhir pada 9.30 malam. “Mendiang merupakan […]

Tanah runtuh, pokok tumbang halang laluan di Taviu Spring

TELUPID: Kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan di Taviu Spring, Kampung Taupos, di sini, malam tadi. Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Rantey Fred, berkata bilik kawalan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.35 malam sebelum menghantar dua anggota ke lokasi […]

Pemandu maut, kenderaan rempuh pokok

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok di Jalan Tuaran Bypass berhampiran Kedai Chan Furniture, di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, Lee Eman, 44, dari Kampung Tambalugu, Tuaran, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa yang […]