Search

Kelestarian sumber asli tarik pelaburan ke Sabah

KOTA KINABALU: Sabah memanfaatkan kelestarian sumber aslinya untuk menarik pelaburan, memperkukuh akses pasaran dan menjana peluang ekonomi bernilai lebih tinggi. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kelestarian bukan lagi sekadar soal perlindungan alam sekitar atau pematuhan peraturan, walaupun tanggungjawab itu kekal penting. “Ia kini semakin mempengaruhi hala tuju pelaburan, keupayaan perniagaan menembusi pasaran antarabangsa […]

LPKP timbang tindakan tegas terhadap pengendali kenderaan perdagangan

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah akan mengambil tindakan terhadap pengendali kenderaan perdagangan yang terbabit dalam insiden kontena menghempap kereta hingga menyebabkan dua beranak maut di Jalan Sepanggar, baru-baru ini. Pengerusinya, Senator Datuk Phoong Jin Zhe, berkata tindakan itu akan diputuskan pada mesyuarat LPKP Sabah, 30 Oktober ini yang akan membincangkan mengenai insiden […]

Pelajar tingkatan lima maut kemalangan dua motosikal

PAPAR: Seorang pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Beringgis-Kawang, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, pelajar lelaki berusia 17 tahun berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala, manakala seorang lagi remaja lelaki sebaya cedera ringan. Ketua Polis Daerah […]

15,000 liter diesel subsidi disyaki diseleweng, rampasan RM112,050

TAWAU: Sebanyak 15,000 liter minyak diesel bersubsidi yang disyaki cuba diseleweng dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi di kawasan Jalan Sin On Tiku, di sini, semalam. Rampasan bernilai keseluruhan RM112,050 termasuk peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu dibuat hasil pemantauan dan risikan pasukan berkenaan. Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara […]

Banjir lumpur, tanah runtuh halang laluan

RANAU: Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh menyebabkan laluan di Kampung Kemburongoh, di sini, tidak dapat dilalui kenderaan dari kedua-dua arah, awal pagi tadi. Kejadian berpunca daripada limpahan air dari kawasan bukit yang menyebabkan tanah di lereng bukit mengalami gelongsoran secara beransur-ansur sehingga menghalang laluan berkenaan. Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, pihaknya […]

Bengkel pertukangan kayu musnah terbakar

LAHAD DATU: Sebuah bengkel pertukangan kayu musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Layung, Jalan Tengah Nipah, di sini, awal pagi tadi. Bengkel berstruktur tidak kekal berkeluasan kira-kira sembilan meter persegi musnah sepenuhnya, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.14 […]

Wanita maut, Myvi terbabas langgar pokok

TAWAU: Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Myvi dinaikinya terbabas sebelum merempuh pokok di Bulatan Airport Lama, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2.29 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun tersepit di bahagian pemandu, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima […]

Tanah runtuh di Kundasang, struktur binaan di lereng bukit terjejas

RANAU: Hujan lebat berterusan sejak petang tadi mengakibatkan kejadian tanah runtuh sehingga menjejaskan struktur binaan di kawasan lereng bukit di Kampung Gorowot, Kundasang, di sini, hari ini. Kejadian itu menyebabkan sebahagian tanah di kawasan berkenaan menggelongsor, dengan struktur berbumbung dan pagar terjejas akibat runtuhan tanah berhampiran sebuah bangunan. Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud […]

Penoreh getah didakwa sebabkan kematian, miliki bakakuk dan peluru

PAPAR: Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan, masing-masing berkaitan menyebabkan kematian, memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, pada Selasa. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh, Stephen Rantin, 55, didakwa menyebabkan kematian Jivalwoddy Jalius, 19, dengan melakukan satu perbuatan cuai pada Januari lalu mengikut Seksyen 304A Kanun […]

Projek IPD, perumahan polis Nabawan kukuhkan keupayaan PDRM di pedalaman Sabah

NABAWAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mempunyai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Perumahan Polis Nabawan yang baharu menerusi projek pembinaan bernilai RM150 juta yang dijadual bermula pada Januari 2027. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang menyempurnakan pecah tanah projek itu, berkata ia adalah pelaburan strategik kerajaan dalam memperkukuh keupayaan keselamatan, penguatkuasaan undang-undang dan […]