Warisan diminta nilai rekod pentadbiran sebelum kritik SMJ 2.0

KINABATANGAN: Pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) meminta Parti Warisan menilai rekod pentadbirannya ketika mengetuai kerajaan negeri sebelum mempertikaikan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika ini. Ketua Penerangan (Penaja) PGRS Bahagian Kinabatangan, Aksyah Nasrah, berkata SMJ 2.0 sedang dilaksanakan secara terancang di bawah kepimpinan Ketua […]
Tergamak rogol darah daging sendiri, bapa ditahan polis

RANAU: Seorang bapa sepatutnya menjadi pelindung kepada anak kandungnya, namun lain jadinya apabila lelaki itu disyaki tergamak merogol anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun di daerah ini. Suspek berusia 34 tahun yang berstatus pemastautin tetap ditahan malam tadi selepas ibu saudara mangsa tampil membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa anak saudaranya itu. Ketua Polis […]
RoS batal pendaftaran Perikatan Nasional

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN) selepas mendapati penjelasan yang dikemukakan parti itu gagal menyangkal asas pembatalan seperti dinyatakan dalam notis terdahulu. RoS dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan selepas meneliti keseluruhan dokumen serta penjelasan yang dikemukakan PN pada 12 Oktober lalu. Menurut jabatan […]
Lokasi tragedi kontena hempap dua beranak tidak sesuai untuk aktiviti pemunggahan – JPJ

KOTA KINABALU: Kawasan jalan raya berhampiran Pelabuhan Sepanggar yang menjadi lokasi tragedi dua beranak maut dihempap kontena, Ahad lalu, didapati tidak sesuai dijadikan tempat pemunggahan atau pemindahan kontena berikutan keadaan jalan yang sempit. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, perkara itu dikenal pasti hasil tinjauan ke lokasi kejadian, semalam, bagi […]
Warisan nafi ahli keluar parti, dakwaan 200 sertai GRS cerita lama

KUDAT: Parti Warisan Bahagian Kudat menafikan dakwaan 200 ahlinya meninggalkan parti untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Ahad lalu. Ketuanya, Datuk Harun Ismail menjelaskan, individu yang dikaitkan dengan dakwaan itu sudah keluar parti lebih awal, iaitu pada Jun 2026. Sehubungan itu, katanya tindakan menggambarkan perkara itu sebagai pengunduran baharu adalah mengelirukan. “Ketika mereka keluar, […]
Pimpinan GRS perlu tunjuk teladan terjemah 4 prinsip utamanya

TAMBUNAN: Pendirian Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor yang mahu kepentingan Sabah diutamakan berbanding ego politik disifatkan selari dengan empat prinsip utama gabungan itu iaitu Sabah First, Sabah United, Sabah Forward dan Sabah Prosper. Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, Datuk Victor P Paut, berkata empat prinsip […]
Penggiat kreatif Sabah disaran berganding bahu bangunkan ekonomi kreatif – Nizam

KOTA KINABALU: Penggiat seni dan kreatif Sabah digesa bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membangunkan ekosistem ekonomi kreatif yang berdaya saing, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada golongan belia. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata industri budaya dan kreatif berpotensi menjadi pemacu pertumbuhan […]
Sewa kereta untuk kegiatan jenayah, dua lelaki dicekup polis

RANAU: Taktik dua lelaki dipercayai menyewa kereta dari Penampang untuk kegiatan jenayah terbongkar selepas mereka ditahan bersama barang disyaki curi dan peralatan pecah rumah di sini, semalam. Kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan anggota Balai Polis Ranau ketika menjalankan rondaan cegah jenayah sebelum pemeriksaan terhadap kenderaan dinaiki mereka menemukan pelbagai barangan mencurigakan. Ketua Polis Daerah Ranau, […]
Remaja dibelasah dipercayai akibat salah faham berkaitan mat rempit, lima ditahan

KOTA BELUD: Polis menahan lima lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kejadian membelasah seorang remaja berusia 19 tahun secara beramai-ramai, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Khairul Shah Peri berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian kira-kira jam 1.30 pagi di bulatan Kampung Pirasan-Melaga-Lentiggi, di sini. Beliau berkata, polis turut mengesan rakaman […]
Polis tahan lelaki susulan tiga insiden di rumah ibadat

PAPAR: Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun susulan tiga insiden menyentuh sensitiviti agama di dua rumah ibadat sekitar daerah ini, sejak September lalu. Suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pekan Kimanis, kira-kira jam 4 petang hari ini, selepas polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Papar menjalankan risikan dan siasatan berhubung kejadian yang dilaporkan pada […]