Search

Bacaan Sungai Padas melebihi paras bahaya, banjir mula melanda

October 26, 2026

Info X Reporters

BEAUFORT: Paras air Sungai Padas, di sini, mencatat bacaan melebihi paras bahaya dengan catatan 9.21 meter setakat jam 7 malam ini.

Berdasarkan laporan status paras air Sungai Padas terkini di Stesen Pemantauan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Beaufort, paras air Sungai Padas meningkat hingga melebihi paras bahaya sejak tengah hari tadi.

Bacaan pada jam 1 tengah hari tadi menunjukkan bacaan 8.91 meter, diikuti 8.98 meter (2 petang), 9.06 meter (3 petang), 9.12 meter (4 petang), 9.16 meter (5 petang), 9.19 meter (6 petang) dan 9.21 meter pada jam 7 malam tadi.

Sungai Padas di Beaufort berada di tahap waspada apabila mencatat bacaan 7.5 meter, disusuli tahap amaran apabila bacaan mencapai 8 meter dan tahap bahaya setelah bacaan paras sungai mencecah 8.7 meter.

Bacaan melebihi paras bahaya bermakna kawasan rendah berhampiran sungai dan sekitarnya sudah mulai dinaiki air atau banjir. – Info X