Search

SIBEX 2026 himpun pelbagai jenama kecantikan di SICC Disember depan

KOTA KINABALU: Sabah International Beauty Expo 2026 (SIBEX2026) yang bakal berlangsung Disember ini menyasarkan 50,000 pengunjung dengan menghimpunkan pelbagai jenama kecantikan, profesionalis industri dan pengguna. Pengarah Urusan ESM Exhibitor Relations Malaysia (Sabah), Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata, SIBEX2026 bakal kembali ke Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu dari 4 hingga 6 Disember depan. […]

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Sebanyak 16 rumah kediaman jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Batu 2, Jalan Apas, Lorong Mat Salleh, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9.31 malam itu, tiada mangsa dilaporkan terbabit. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Madzlan Sarman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 sebelum jentera […]

Seorang maut, seorang parah selepas kereta terbabas, terbakar

PENAMPANG: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar di bulatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jalan Bundusan, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu lelaki berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penumpang lelaki sebaya ditemukan tidak sedarkan diri. Ketua […]

Seleweng diesel bersubsidi terbongkar, lapan ditahan, rampasan RM1.2 juta di Sepanggar

KOTA KINABALU: Taktik membawa minyak diesel dua kali ganda daripada jumlah yang dinyatakan dalam dokumen penghantaran membongkar kegiatan disyaki penyelewengan bahan api bersubsidi di Sepanggar, di sini, semalam. Kegiatan itu terbongkar selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menahan sebuah lori tangki membawa kira-kira 20,000 liter diesel, sedangkan dokumen penghantaran hanya mencatatkan 10,000 liter. […]

Hasilkan bom ikan di dapur rumah, lelaki parah akibat letupan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera parah selepas bom ikan yang dipercayai sedang dihasilkannya meletup di dapur sebuah rumah di Kampung Keliangau, Manggatal, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah pada kedua-dua tangan dan perut. Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Menggatal sebelum dirujuk ke Hospital Queen […]

Cari kerang, jumpa mayat lelaki terapung di laut Tanjung Aru

KOTA KINABALU: Niat mencari kerang bertukar menjadi detik mengejutkan apabila seorang individu menemukan mayat lelaki terapung di laut berhampiran Pantai 2 Tanjung Aru, dekat Prince Philip Park, di sini, pagi tadi. Penemuan kira-kira jam 10.57 pagi itu segera dimaklumkan kepada polis sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, […]

Perjalanan hantar anak ke sekolah berakhir tragedi, ibu maut

KOTA MARUDU: Perjalanan seorang ibu menghantar anaknya ke sekolah berakhir tragedi apabila dia maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux berhampiran simpang masuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Marak-Parak, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6.19 pagi itu, anak mangsa yang baru berusia tujuh tahun terselamat, namun mengalami kecederaan di kepala […]

Konvensyen GRS di Kudat Ahad ini – Armizan

KOTA KINABALU: Gagasan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan konvensyen tahunan di Dewan Tun Mustapha, Kudat pada Ahad ini. Setiausaha Agungnya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata konvensyen yang julung kali diadakan itu dijangka dihadiri 3,000 orang dari 26 bahagian termasuk dari Wilayah Persekutuan Labuan. “Konvensyen tahunan yang buat julung kali dianjurkan ini akan diadakan bertempat di […]

Remaja maut, dua wanita cedera dalam kemalangan di Tawau

TAWAU: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di hadapan Rastamas, Batu 3, Jalan Apas, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 19 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda RS disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Kemalangan membabitkan sebuah Perodua […]

Inkues Zara Qairina: Mahkamah Koroner tetapkan 15 Jan 2027 untuk keputusan

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini menetapkan 15 Jan tahun hadapan untuk memberikan keputusannya dalam inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir. Koroner Amir Shah Amri Hassan menetapkan tarikh itu hari ini, susulan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam prosiding inkues berkenaan. Beliau berkata pihak-pihak terlibat diberikan masa sehingga 15 Dis tahun ini untuk […]