Tiga lelaki lari masuk paya bakau, minuman keras RM270,000 dirampas

LABUAN: Tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan minuman beralkohol melarikan diri ke kawasan paya bakau bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam operasi di Sungai Melikai, Menumbok, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, Maritim Malaysia berjaya merampas 600 karton minuman beralkohol pelbagai jenama bernilai RM270,000 bersama sebuah […]
Kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus pada Ogos – DOSM

PUTRAJAYA: Kadar pengangguran menurun kepada 2.9 peratus pada Ogos 2026 berbanding tiga peratus pada Julai, dengan bilangan penganggur berkurangm 8,700 orang kepada 511,600 orang, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Dalam kenyataan mengenai Statistik Tenaga Buruh bagi Ogos 2026 yang diterbitkan hari ini, DOSM memaklumkan bilangan penduduk bekerja meningkat 0.2 peratus kepada 16.87 juta orang berbanding […]
Remaja maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba lari daripada pemeriksaan polis

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di sebuah premis di kawasan Perindustrian Nounton, Inanam, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, remaja berusia 18 tahun dipercayai bersama dua lagi lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di sekitar Lorong Langsat, Jalan […]
KPDN serbu tiga premis, rampas daun terup tiruan RM55,000

SANDAKAN: Sebanyak 27,495 pek daun terup berjenama yang disyaki tiruan bernilai lebih RM55,000 dirampas dalam serbuan serentak di tiga premis perniagaan di sekitar daerah ini, kelmarin. Serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dijalankan tiga pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan selepas mengesan kegiatan penjualan daun terup yang […]
Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026, penalti kesalahan dinaikkan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Makanan (Pindaan) 2026 bagi memperkukuh kawalan keselamatan dan kualiti makanan serta memberikan perlindungan lebih komprehensif kepada pengguna di seluruh negara. Pindaan Akta Makanan 1983 (Akta 281) yang pertama kali dibuat secara menyeluruh itu antaranya melibatkan peningkatan kadar penalti, kawalan terhadap sampel bahan bersentuhan makanan (BBM), […]
Belanjawan 2027 diharap perkukuh ekonomi, ringankan beban rakyat – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentang esok berupaya terus memperkukuh ekonomi negara dan meringankan beban rakyat. Menerusi hantaran di laman X hari ini, beliau turut menzahirkan harapan agar belanjawan itu membuka lebih banyak peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai secara lebih adil. Terdahulu, Anwar yang juga Menteri […]
Penunggang motosikal maut bertembung kereta

BEAUFORT: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Suasa, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, mangsa berusia 41 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah […]
Lelaki curi kabel ‘masuk’ penjara sembilan bulan

KOTA MARUDU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memotong kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi dengan niat untuk mencurinya. Tertuduh, Christoper Paliyu, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memotong kabel pembumian (grounding […]
RUU Makanan mesti hormati bidang kuasa Sabah, Sarawak – Jeffrey

KOTA KINABALU: Pelaksanaan Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2026 perlu menghormati hak serta bidang kuasa Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan, berkata usaha memperkukuh keselamatan makanan perlu disertai penglibatan bermakna kerajaan negeri, sumber penguatkuasaan mencukupi serta jaminan terhadap pengusaha kecil. Katanya, beliau menyokong prinsip […]
Peningkatan aktiviti ketenteraan AS-Filipina di Pulau Balabac: MINDEF jamin kedaulatan Sabah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memberikan jaminan kedaulatan dan keselamatan Sabah berada dalam keadaan terpelihara meskipun terdapat peningkatan aktiviti tentera Amerika Syarikat (AS) dan Filipina di Pulau Balabac, yang terletak berhampiran sempadan negara. Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kementerian sentiasa memantau perkembangan pertahanan dan sebarang peningkatan aktiviti ketenteraan negara asing serta menilai implikasi terhadap keselamatan […]